Rabu, 01 Januari 2014

Browse Manual » Wiring » » » » » » » Siapakah Wanita Di Hati Zizan Razak

Siapakah Wanita Di Hati Zizan Razak


PELAKON dan pelawak, Zizan Razak sememangnya tidak pernah putus dengan gosip cintanya dengan beberapa artis wanita jelita.

Pada awal pembabitannya dalam dunia hiburan, nama Juliana Evans kerap dikaitkan dengannya, namun umpama angin, perkara itu berlalu begitu sahaja.

Tidak terhenti di situ, rakan duetnya, Kaka dan pelakon, Emma Maembong juga antara nama yang hangat ‘dijodohkan’ dengan Zizan.

Terbaru, dia dikatakan rapat pula dengan finalis AF 2013, Nadia Amira Othman.

Hai, mana satu yang betul ni Zizan? Mungkin dia gemar mengambil pendekatan berteka-teki dengan peminat.

Namun, ada baiknya juga jika dia lebih telus dengan mengumumkan siapa wanita yang bertakhta di hatinya sekarang.

Selagi tak berterus-terang, selagi itulah cerita yang tak benar  akan terus berlegar di sekelilingnya, betul tak?

Oleh: ELZA

Tidak ada komentar:

Posting Komentar