Senin, 17 Februari 2014

Browse Manual » Wiring » » » » » » Petisyen Jangan uji kesabaran rakyat

Petisyen Jangan uji kesabaran rakyat

Harakahdaily

Ahmad Danial, 04 Ogs 2013
BUKIT KATIL: Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub berkata kerajaan Malaysia sepatutnya berterima kasih kepada PAS dan Pakatan Rakyat yang terus menyertai pilihanraya walaupun pelbagai penyelewengan dan kekeliruan berlaku semasa proses pilihanraya diadakan.

Walaupun kita bertanding di atas padang yang tidak sama rata tetapi kita tetap bertanding kerana mahu peralihan kuasa berlaku dengan aman.

PAS tidak pernah gagal menyertai setiap pilihanraya walaupun kita tahu terlalu banyak perkara yang tidak telus dan berat sebelah berlaku, jangan uji kesabaran kami sehingga kami sudah tidak mahu lagi menyertai pilihanraya" ujar Salahuddin.

Beliau berkata jika parti-parti politik sudah tidak mahu menyertai pilihanraya, dibimbangi rakyat akan mengambil jalan lain sebagai protes kepada tindakan kerajaan yang menyeleweng, rasuah, menindas rakyat dan sebagainya.

"Jangan uji kesabaran rakyat yang sehingga ini masih bersabar dengan segala penipuan dan penyelewengan rakyat, kesabaran ini ada tahapnya" tambah Salahudin.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah anjuran PAS Kawasan Bukit Katil di sini malam tadi.

Salahuddin juga berkata mahkamah Malaysia seolah-olah seperti Bursa Saham apabila menolak Petisyen Pilihanraya dengan kos yang mencecah ratusan ribu ringgit.

"Keputusan Hakim pada perbicaraan petisyen ini seolah-olah sudah ada skrip, di mana semuanya ditolak dengan kos puluhan ribu malah ada yang mencecah ratusan ribu, mereka sebenarnya menggertak kita supaya lain kali jangan buat petisyen lagi.

"Tidak pernah sebelum ini kos ini ditolak dengan jumlah yang begitu besar sehingga membebankan pempetisyen" tambah Salahuddin.

Turut sama menyampaikan ceramah pada malam tadi ialah Pengerusi DAP Melaka yang juga Ketua Pembangkang Dun Melaka, Goh Leong San; Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Adun Bukit Baru, Dr Md Khalid Kassim.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar