Sabtu, 28 Desember 2013

Browse Manual » Wiring » » » » » » » Sharifah Sofia Selamat Lahirkan Anak Kedua

Sharifah Sofia Selamat Lahirkan Anak Kedua



Sudah lama tidak mendengar perkhabaran terbaru mengenai pelakon Sharifah Sofia Syed Hussein sejak dirinya memperlahankan aktiviti seni selepas berhijrah mengenakan hijab sejak setahun lalu.

Terbaru, pelakon kacukan Melayu-Inggeris ini dikhabarkan telah selamat melahirkan cahaya mata keduanya, semalam.


Tahniah diucapkan buat Sofia dan suaminya di atas kelahiran puteri kedua mereka yang diberi nama Sharifah Ameera Syed Ismail.

Untuk pengetahuan semua, Sofia mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli perniagaan, Syed Ismail Syed Ibrahim Al-Ali pada 19 Oktober 2009.

Hasil perkongsian hidup bersama, mereka dikurniakan anak sulung yang kini sudah pun berusia dua tahun, Sharifah Ariana.

Oleh: AUDREY LEE

Kredit Foto: Instagram Sheahnee Iman Lee

Tidak ada komentar:

Posting Komentar