Jumat, 07 Maret 2014

Browse Manual » Wiring » » » » » » » » » » » » » Calon Mr Singapore 2013 Buat Pendedahan Berani Mati…Sebelah Buah Zakar Hilang Fungsi!

Calon Mr Singapore 2013 Buat Pendedahan Berani Mati…Sebelah Buah Zakar Hilang Fungsi!


CALON Mr. Singapore 2013 mengejutkan ramai pihak apabila mengakui sebelah buah zakarnya tidak lagi ‘berfungsi’ kerana pecah akibat menjalani latihan taekwondo di Pulau Pinang ketika zaman remajanya.

Wilson Lim memberitahu, pegawai perubatan yang merawatnya memaklumkan yang dia mungkin tidak berpeluang untuk memperoleh cahayamata

sekiranya berkahwin disebabkan kecederaan tersebut.

” Saya mengalami kecederaan di bahagian kaki, termasuk kecederaan yang menyebabkan saya tidak mungkin mempunyai zuriat sendiri,” katanya pada akhbar The New Paper Singapura.

Lim seorang jurutera syarikat minyak menambah, dia cukup sedih dan trauma dengan kejadian yang menimpa dirinya.

” Tetapi saya selalu ingatkan diri saya yang masih ramai anak-anak terbiar di luar sana, mungkin suatu hari nanti salah seorang daripadanya akan saya ambil untuk tinggal bersama-sama,” katanya.


Tidak ada komentar:

Posting Komentar