Sabtu, 01 Maret 2014

Browse Manual » Wiring » » » » » » » Pemanasan global gugat kerangupan buah epal

Pemanasan global gugat kerangupan buah epal


PERCAYAKAH anda, epal semakin hilang kerangupannya selain kemanisannya pula bertambah?

Sekumpulan saintis Jepun mendedahkan, tinjauan tuaian epal dari dua ladang di Jepun menunjukkan buah berkenaan semakin lembut dan bertambah manis akibat pemanasan global selain turut menjejaskan rasa asalnya.

"Mengikut data yang dikumpulkan bermula 1970 sehingga 2010, buah epal mencapai kualiti baik ketika suhu agak rendah dan menjadi semakin kurang rangup pada cuaca panas," kata saintis menerusi jurnal Nature Scientific Reports.

Menurut laporan AFP, setakat ini, kira-kira 60 juta tan epal dipasarkan susulan menjadi buah ketiga paling digemari seluruh dunia.

Dalam kajian terdahulu, pemanasan global menyebabkan pokok epal berbunga lebih awal dari tempoh sepatutnya dan mempercepatkan musim tuaian.

"Analisis menunjukkan adanya penurunan keasidan, jumlah cecair selain tahap kepekatan gula meningkat dari semasa ke semasa," katanya.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar