Minggu, 22 Desember 2013

Browse Manual » Wiring » » » » » » » » GAMBAR Dadah Bernilai RM50 Juta Berjaya Dirampas

GAMBAR Dadah Bernilai RM50 Juta Berjaya Dirampas


KUALA LUMPUR – Polis merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM50 juta dalam serbuan dadah terbesar dalam sejarah selepas menumpaskan sindiket dadah antarabangsa.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata polis merampas sebanyak 209.96kg dadah jenis syabu, 40.47kg Heroin dan 26.85 pil Ecstasy yang disembunyikan dalam bungkusan teh Cina berjumlah RM50 juta dalam dua serbuan pada Isnin.

Beliau berkata polis turut menahan lima suspek termasuk seorang wanita berusia antara 26 dan 57 tahun.

“Kami percaya dadah itu diseludup dari Myanmar tetapi kami masih menyiasat,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini Selasa. (Mstar/Gambar PDRM)




Tidak ada komentar:

Posting Komentar