Sabtu, 28 Desember 2013

Browse Manual » Wiring » » » » » » » » Shila Amzah Mahu Jaga Hati Semua Orang

Shila Amzah Mahu Jaga Hati Semua Orang




Shila Amzah enggan mengulas lanjut tentang status hubungannya dengan Sharnaaz Ahmad. Sebaliknya gadis berusia 23 tahun itu ingin terus mengorak langkah dan mengembangkan bakatnya ke peringkat antarabangsa.

Ketika ditemui di majlis kesyukurannya pada Jumaat, Shila kelihatan sedikit sugul apabila diajukan soalan berkaitan dengan bintang filem Juvana itu. Menurut Shila, lebih baik dia tidak mengeluarkan sebarang kenyataan kerana dia perlu menjaga banyak hati.

“Saya tak mahu komen kerana ia mungkin akan menyakitkan hati sesetengah pihak,” ujar Shila berterus-terang.


Dalam masa yang sama, anak gadis kepada N.D Lala ini turut menafikan dia melarikan diri ke Terengganu ketika kemelut di antara ayahnya, N.D Lala dan kekasihnya, Sharnaaz Ahmad hangat diperkatakan.

“Saya tidak melarikan diri. Sebaliknya, saya hanya ingin mencari ketenangan dan mencari jati diri saya yang sebenarnya,” ujar Shila.

Sementara itu,  ND Lala turut enggan mengulas lanjut tentang laporan polis yang dibuat olehnya sebelum ini yang mana mendakwa anaknya itu telah hilang. Jelas N.D Lala, kes itu masih dalam siasatan pihak polis.

ND Lala juga sempat berpesan kepada pihak media supaya tidak bertanyakan tentang kontroversi yang melanda keluarga mereka.

“Saya berharap pihak media tidak menyentuh isu-isu lain selain tentang kerjaya Shila,” ujar ND Lala dengan tegas.



sumber

Tidak ada komentar:

Posting Komentar