Jumat, 07 Februari 2014

Browse Manual » Wiring » » » » » » » » » Dr M MAS perlu diswasta jika nak untung

Dr M MAS perlu diswasta jika nak untung


KUALA LUMPUR - Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mencadangkan supaya Malaysia Airlines (MAS) diswastakan sebagai usaha untuk membangunkan semula syarikat penerbangan berkaitan kerajaan itu dan seterusnya mengatasi kerugian yang dialami ketika ini.
   
"MAS sudah lama beroperasi dan sudah macam-macam percubaan dibuat untuk kembali menjana keuntungan, tetapi gagal. Saya percaya penswastaan adalah sesuatu yang positif kerana selagi syarikat itu berkaitan kerajaan, haknya untuk membuat keputusan adalah terhad," katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri beliau di Seri Kembangan dekat sini.
   
Majlis tersebut dihadiri kira-kira 20,000 pengunjung yang terdiri daripada masyarakat pelbagai kaum dan agama serta warga asing.
   
Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abd Rahman.
   
Sementara itu, Dr Mahathir, yang juga penasihat Proton, berkata berdasarkan pengalaman bersama syarikat pengeluar kereta nasional itu, penswastaan akan menjadikan seseorang pemilik lebih peka soal untung rugi kerana mereka menanggung segala perbelanjaan.
   
"Menerusi penswastaan, apabila mengalami kerugian, pemilik harus menanggungnya, tetapi jika ia wang kerajaan, tiada siapa peduli. Saya tahu kerana saya pernah menguruskan syarikat berkaitan kerajaan itu sebelum ini," katanya. - Bernama

Tidak ada komentar:

Posting Komentar