Rabu, 05 Februari 2014

Browse Manual » Wiring » » » » » » » Penduduk Lembah Bertam bercadang saman TNB

Penduduk Lembah Bertam bercadang saman TNB



 Malaysiakini Nov 7 2013
Kumpulan penduduk Kampung Lembah Bertam yang terjejas akibat kejadian banjir lumpur susulan pelepasan air dari alur limpah empangan hidroelektrik di Ringlet akhir bulan lalu bercadang untuk mengemukakan saman ke atas Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Peguam M Manogaran berkata, penduduk terbabit bercadang berbuat demikian kerana tidak berpuas hati dengan jumlah pampasan sebanyak RM200,000 yang diperuntukkan TNB kepada seluruh keluarga yang terjejas.

Manogaran dalam satu laporan akhbar theSun berkata, sekurang-kurangnya 100 laporan polis dibuat oleh kumpulan penduduk terbabit.

Katanya, beliau akan bekerjasama dengan satu jawatankuasa yang ditubuhkan oleh kumpulan penduduk terbabit untuk mengkaji kemungkinan untuk mengemukakan saman terbabit.

“TNB tidak serius dalam hal ini kerana ia hanya memperuntukkan RM200,000 sebagai gantirugi untuk dikongsi oleh kesemua mangsa.

“Mereka sepatutnya menjalankan siasatan untuk mengenalpasti apa yang silap,” kata bekas MP Teluk Intan, yang turut bertanding untuk merebut kerusi parlimen Cameron Highlands dalam pilihan raya umum ke-13.

Laporan itu turut memetik kenyataan pengerusi jawatankuasa hak asasi Badan Peguam Andrew Khoo yang berpendapat bahawa penduduk kampung mempunyai locus standi untuk mengemukakan saman berkenaan.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar